Sign In
Mobirise Website Builder

SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN KE-18, TAHUN 2023


Hari Belia Kebangsaan jatuh pada 1 Ogos setiap tahun di mana para belia di negara ini berkumpul dengan tujuan yang bermakna. Pengishtiharan Hari Belia oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 1 Ogos dijadikan sebagai Hari Belia Kebangsaan adalah satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini.
 
Dalam usaha membangun belia di negara ini Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fisikal dan fiskal. Selain daripada itu, Hari Belia Kebangsaan juga merupakan wadah kepada para belia untuk mengadakan perjumpaan khusus bagi menghargai sumbangan dalam pembangunan belia.
 
Pada tahun ini, Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-18 akan diadakan pada hari Selasa, 14 Muharram 1445 bersamaan 1 Ogos 2023 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Tema Hari Belia 2023 ialah Belia Siaga Masa Depan. Tema tersebut bermaksud masa depan menjanjikan para belia sebagai pewaris bangsa dan negara.  Kelangsungan bangsa dan negara terletak kepada para belia.  Harapan yang tinggi kepada para belia bertepatan dengan peranan mereka sebagai aset negara.  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam Titah Baginda pada 5 Januari 2011, "Belia adalah aset negara. Kerana itu, agenda pembinaan belia adalah amat penting untuk diberikan fokus. Mereka yang dibangunkan itu akan menjadi cermin kepada corak kepimpinan masa depan yang penuh dengan teka-teki".

Pelbagai pihak telah mengorak langkah menjadikan belia sebagai agenda utama dalam pembangunan, sama ada pihak kerajaan, swasta, pertubuhan awam dan sebagainya. Mereka saling berpadu tenaga menjadikan para belia, sentral kepada pembangunan bangsa dan negara.  Usaha-usaha yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadikan para belia siaga masa depan.


07.08.21-HariBeliaKe-16.4.jpg

07.08.21-HariBeliaKe-16.6.jpg

07.08.21-HariBeliaKe-16.2.jpg

Jumlah Pelawat:
Exception from HRESULT: 0x80131904

Correlation ID:e7ac56a1-652d-90d1-9ba4-1b38d449a243