Sign In
Mobirise Website Builder

Anugerah Hari Belia Kebangsaan
Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-15, 2020


"   Belia adalah aset negara.
Kerana itu, agenda pembinaan belia adalah amat penting untuk diberikan fokus.

Mereka yang dibangunkan itu akan menjadi cermin
kepada
corak kepimpinan masa depan yang penuh dengan teka teki.     "

Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Wadien,
Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam
sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun ke-24 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 2008.

LATAR BELAKANG

Anugerah Hari Belia Kebangsaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan negara kepada pergerakan belia di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyahut titah serta hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Wadien, Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjadikan belia suatu aset yang perlu diberi fokus dan dihargai. Ini membuktikan bahawa golongan belia tidak pernah diabaikan oleh pihak kerajaan dan sentiasa diberi perhatian penuh dalam pembangunan belia. Penyediaan kemudahan dan prasarana merupakan bukti kesejahteraan dan kehendak belia terpelihara.

Pengiktirafan ini adalah merupakan sebagai satu wadah dan manifestasi dalam mendokong usaha golongan belia dalam membangun dan mengekalkan semangat kesukarelawanan dikalangan masyarakat. Penglibatan belia secara sukarela telah disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena Sambutan Hari Belia kali pertama pada 1 Ogos 2006.

Bagi Anugerah Hari Belia Kebangsaan tahun 2020, sebanyak empat kategori anugerah akan diberikan iaitu Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia, Anugerah Pemimpin Muda Belia, Anugerah Belia Cemerlang dan Anugerah Belia Berkhidmat.

   

OBJEKTIF

1

Untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin belia dan belia yang telah memberikan sumbangan yang bermakna dan berjasa dalam kategori Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia, Anugerah Pemimpin Muda Belia, Anugerah Belia Cemerlang dan Anugerah Belia Berkhidmat.

2Untuk memberikan sumber inspirasi dan ikutan kepada belia negara ini kepada kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai dalam dalam kategori-kategori yang tersebut.


 
KATEGORI-KATEGORI

Anugerah Hari Belia Kebangsaan Ke-15, 2020


ANUGERAH PROJEK CEMERLANG UNTUK BELIA
Anugerah ini merupakan pengiktirafan bagi projek-projek belia yang berjaya menjadi inspirasi dan model kepada pembangunan masyarakat secara am dan khususnya kepada para belia, di dalam pelbagai bidang terutama sekali bidang keusahawanan dan teknologi. Selain daripada itu projek-projek ini akan menjadi inovasi sosial yang akan membangun dan memajukan organisasi atau persatuan.
  Syarat-Syarat, Kriteria Penilaian & Arahan Am





tiny.cc/ProjekCemerlangBelia
Kod Kategori Anugerah : BC [No.KPP]

ANUGERAH PEMIMPIN MUDA BELIA
Anugerah Pemimpin Muda Belia merupakan satu pengiktirafan atas khidmat cemerlang yang telah diberikan oleh Pemimpin Muda dalam memajukan pergerakan belia yang telah dipimpinnya secara berterusan dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kemasyarakatan, kesukanan, pendidikan dan sebagainya.  Di samping itu juga sebagai penghormatan yang berterusan bagi ikutan dalam melahirkan pemimpin belia yang berwibawa, berwawasan dan berhemah tinggi.
  Syarat-Syarat, Kriteria Penilaian & Arahan Am


ANUGERAH BELIA CEMERLANG
                                                                    
Anugerah Belia Cemerlang merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada belia yang telah memberikan sumbangan jasa yang cemerlang dalam kerja atau usaha-usaha yang ditunjukkan dalam mengharumkan nama negara.  Pencapaian cemerlang dalam pertandingan serantau dan antarabangsa dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kesukanan, pendidikan dan sebagainya.
  Syarat-Syarat, Kriteria Penilaian & Arahan Am



  tiny.cc/BeliaCemerlang
Kod Kategori Anugerah : BC [No.KPP]

ANUGERAH BELIA BERKHIDMAT                                                                                 
Anugerah Belia Berkhidmat merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada para pemimpin belia / belia yang telah memberikan sumbangan / khidmat secara sukarela mereka secara berterusan untuk masyarakat terutama golongan belia di Negara ini dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kemasyarakatan, kesukanan, pendidikan dan sebagainya.
  Syarat-Syarat, Kriteria Penilaian & Arahan Am




Tarikh Mula Pencalonan

Rabu,20 Mei 2020


Tarikh Tutup Pencalonan
Khamis,18 Jun 2020




Pemohon
dikehendaki untuk
mendaftar dan memohon melalui

YSNet
www.ysnet.gov.bn



Softcopy dokumen-dokumen
lampiranhendaklah di e-mel ke
anugerahharibeliakebangsaan@gmail.com
mengikut 
Kod Kategori Anugerah

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi


Urus Setia Anugerah Belia Kebangsaan 2020
Jabatan Belia dan Sukan
Tingkat 3, Bahagian Belia, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Simpang336-17, Jalan Kebangsaan, BC4415 Negara Brunei Darussalam

  +673 2381903/4/5 ext 1300/1304/1318      +673 2380042