Sign In
Mobirise Website Builder
Seacage Fish Farming (Fatih Aquaculture) and Child Care Centre (Alya Playhouse)
Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia 2023

​Penerima bagi anugerah ini merupakan projek yang mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035, iaitu menjadikan ekonomi negara yang dinamik dan mampan dengan meningkatkan produk perikanan dan mempraktikkan sistem pengeluaran makanan yang berdaya tahan. Dengan menggunakan kaedah 'Seacage Farming', kebun ternakan ikan yang terletak di persisiran pantai Pulau Kaingaran ini telah berjaya meraih 50 buah sangkar dengan jumlah penternakan ikan Tilapia Merah dan Selonsong mencapai 500 kilogram hingga 600 kilogram sebulan. Setelah setahun beroperasi, projek ini juga berjaya membekalkan sebanyak 5,869 ekor ikan ke 13 buah restoran dan stor perniagaan serta 509 orang individu.  Selain mengendalikan projek akuakultur, projek ini juga turut memberikan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak dengan membuka sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang menawarkan penjagaan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pusat penjagaan kanak-kanak ini menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran termasuk ilmu asas Islam. Bermula dengan satu cawangan pada tahun 2020, sekarang projek ini mempunyai dua cawangan dengan lebih 100 orang kanak-kanak berdaftar dan 24 orang pekerja tempatan. Atas permintaan yang amat menggalakkan, projek ini adalah dalam proses membuka cawangan ketiga di Daerah Brunei dan Muara.​

Attachments