Sign In
Mobirise Website Builder
Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan HBK Ke-18

2-01.jpg

2-02.jpg

​​​Sumber : Pelita Brunei

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Mohammad Hanif A. Halit

BERAKAS, Selasa, 1 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) Ke-18, Tahun 2023 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

2-03.jpg

Berangkat sama pada majlis sambutan tersebut ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.


Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HBK Ke-18, Tahun 2023 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HBK Ke-18, Tahun 2023 dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

2-18.jpg

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada majlis itu juga, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah.

2-19.jpg

Seterusnya majlis diteruskan dengan Ikrar Belia yang dibacakan oleh seramai 60 belia yang terlibat dalam kesukarelawanan dan mempunyai pencapaian dalam pelbagai bidang.


Bacaan Ikrar Belia diketuai oleh Pembaca Utama, Pegawai Pelajaran, Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki yang merupakan Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Asia Tenggara 2011 dan Johan Qari Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1444H / 2023M serta Pengiring, Atlet Sukan Badminton Sukan Para, Awangku Muhammad Amirul Fa'iq bin Pengiran Zali dan Pengiring, Pengasas dan Pengurus Syarikat Qafa House Enterprise & Fast Tailoring Company, Dayang Norfatriah binti Abdullah.

2-21.jpg

Majlis disusuli dengan tayangan video inspirasi yang memaparkan kejayaan belia dari pelbagai bidang yang bersandarkan tiga fokus utama iaitu sumbangan belia, ilmu dan kemahiran serta warisan dan budaya.


Video turut mencerminkan semangat dan aspirasi mereka sebagai insan penting dalam menjayakan perpaduan dan pembangunan mampan dan kejayaan itu diharap dapat membakar semangat para belia untuk terus bangkit dan berjuang dalam mengejar impian dan merealisasikan aspirasi negara.

2-20.jpg

Turut menyerikan majlis, Persembahan Pidato Belia oleh Lepasan Graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Md. Iqbaal Syakib bin Haji Suhib yang menyentuh mengenai 'Aspirasi Belia dan Belia Baparawis'.


Antara yang diketengahkan semasa pidato adalah 'Ketajaman Akal Budi Bangsa Melayu'; Nilai 'Ikut Resmi Padi Semakin Tunduk Semakin Berisi' Dalam Meraih Ilmu, Harta Dan Kuasa; Konsep 3 Ba - Berawar galat, Berparawis dan Berbudi Bahasa.


Nilai berpawaris sebagai nasihat dan peringatan sesama belia untuk selalu bersopan santun dalam berbicara atau bersuara serta berbahasa.

​​

Acara kemuncak sambutan ialah Penyampaian Anugerah HBK Ke-18 Tahun 2023 dalam lima kategori iaitu Belia Cemerlang, Belia Berkhidmat, Pemimpin Muda Belia, Projek Cemerlang untuk Belia dan Anugerah Pengiktirafan Khas Sambutan HBK Ke-18, Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

2-04.jpg 


Penerima Anugerah Belia Cemerlang dianugerahkan kepada Pegawai Pelajaran, Pusat kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Andery Lim yang menerima sebuah trofi, sebidang Kain Jong Sarat Bunga Bintang Gemilang, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND3,000.

2-05.jpg

Anugerah Belia Berkhidmat pula diberikan kepada Ketua Kemasyarakatan dan Acara Rasmi, Sukarelawan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Mohammad Ashmeer Imtiaz Ahmad yang juga selaku Core Team Member, Young Professional Networks Brunei, menerima sebuah trofi, sebidang Kain Betabur Bunga Permata Bangsa, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND3,000.

​​​2-06.jpg

Manakala Anugerah Pemimpin Muda Belia ialah Pegawai Penyelaras Pasukan Pengakap, Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi yang menerima sebuah trofi, sebidang Kain Jong Sarat Bunga Kebahagiaan, sijil penghargaan dan wang tunai BND3,000.

2-07.jpg

Bagi Anugerah Projek Cemerlang untuk Belia dianugerahkan kepada Seacage Fish Farming (Fatih Aquaculture) dan Child Care Centre (Alya Playhouse) yang menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai bagi perkembangan dan pembangunan projek sebanyak BND3,500.

2-08.jpg

Anugerah Pengiktirafan Khas Sambutan HBK Ke-18, Tahun 2023 diberikan kepada Ketua Pentadbiran Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Dayang Nurul Huda binti Awang Haji Muhin yang menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND2,000.

2-09.jpg

2-10.jpg

2-11.jpg

2-12.jpg

Kebawah DYMM berserta kerabat diraja kemudiannya dijunjung berangkat ke Pameran Hari Belia di ruang legar pusat berkenaan yang melibatkan penyertaan sejumlah 35 organisasi yang terdiri dari pergerakan belia dan rakan-rakan strategik yang mempamerkan projek masing-masing mendukung ke arah pembangunan belia di negara ini.

2-14.jpg

2-15.jpg

2-16.jpg

Baginda seterusnya dijunjung bagi menandatangani Lembaran Kenangan dan berkenan menerima pesambah daripada Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HBK Ke-18, Tahun 2023.


2-13.jpg 

​Setelah itu, baginda berserta kerabat diraja dijunjung bagi Majlis Santap. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, baginda dan kerabat diraja dijunjung bagi sesi bergambar kenangan.


Tema Sambutan HBK pada tahun ini dikekalkan seperti tahun lalu iaitu 'Belia Siaga Masa Depan' di mana ia masih relevan dan selaras dengan hasrat murni Kebawah DYMM yang ingin melihat belia Brunei siap siaga dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, pemikiran yang progresif serta jati diri yang mantap untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan.


Konsep Sambutan HBK adalah tertumpu kepada 'Aspirasi Belia' yang menonjolkan perpaduan yang harmoni di antara golongan belia selaku pemimpin masa depan negara dengan memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu sumbangan belia; kemahiran dan ilmu serta warisan dan budaya.


Objektif HBK yang disambut pada setiap 1 Ogos itu adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada para belia serta bagi membarigakan kejayaan para belia di peringkat kebangsaan, di samping memartabatkan belia-belia di seluruh negara.


Selain itu, ia juga bertujuan bagi memberikan peluang kepada belia-belia berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti belia.


Sambutan HBK kali ini turut diserikan dengan pengendalian Festival Hari Belia 2023 yang diadakan selama sebulan bermula hari ini hingga 31 Ogos 2023.


Festival diadakan bagi menghimpunkan aktiviti yang menjurus kepada pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan kesukarelaan dengan mengentengahkan tujuh kluster aktiviti iaitu Kesukarelawanan dan Kemasyarakatan, Kepimpinan dan Pembangunan Jati Diri Belia, Keusahawanan, Keagamaan, Kesukanan, Alam Sekitar dan Kebudayaan dan Kesenian.


Attachments