Sign In
Mobirise Website Builder
Bengkel Konvensyen HBK kongsi ilmu bermanfaat

https://www.pelitabrunei.gov.bn/PublishingImages/BERITA/2022/08%20OGOS/100822/12%20Bengkel%20Konvensyen%20Hari%20Belia/02.jpg

Berita dan Foto : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin



BERAKAS, Rabu, 10 Ogos. - Peranan belia adalah penting bagi menyumbang pada pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan komuniti, di samping memastikan penglibatan aktif golongan ini ke arah keamanan serta mengukuhkan persefahaman bagi mendukung aspirasi One ASEAN Identity.

 

Para belia juga perlu meningkatkan penguasaan kemahiran Abad Ke-21 serta kemahiran digital.

 

Dalam pada itu, beberapa acara sampingan disusun bagi sama-sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) Ke-17, 2022, antaranya ialah Bengkel Konvensyen Hari Belia, berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Bengkel yang diadakan secara serentak tersebut masing-masing berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Sepakat 2, Sepakat 3 dan Sepakat 4.

 

Hadir bagi mengendalikan bengkel tersebut, Penerima S.E.A. Write Award 2011, Awang Zefri Ariff, bertajuk 'Penulisan Kreatif', manakala bagi bengkel yang bertajuk 'The Art of Project Management' pula disampaikan oleh President WeCare, Awang Samira Razin Abdullah.

 

Al-Huffaz Management pula menyampaikan bengkel yang bertajuk 'Kesempurnaan Solat', dikendalikan oleh Awang Haji Muhd. Yadiy bin Yussof, sementara bengkel yang bertajuk 'Handson Workshop - Circuitech Wizard', disempurnakan oleh Head of Seria Energy Lab, Dayang Nurkarnina binti Karim dan Stem Facilitator, Seria Energy Lab, Awang Hilmi Rashid.

 

Bengkel tersebut mengetengahkan tajuk-tajuk perbincangan dan intelektual yang terpilih dalam kalangan profesional, usahawan belia serta pakar-pakar dalam Bidang-bidang Ekonomi, Industri Kreatif dan Digitalisasi serta Inovasi, bagi mengongsikan pandangan dan ilmu yang bermanfaat untuk para belia secara amnya.


Attachments