Minggu
Ekonomi Kreatif (Creative Economy Week – CEW) yang berlangsung selama
seminggu bermula pada 3 Ogos lepas berakhir dengan penyampaian hadiah
dan sijil kepada pemenang Sprint Kreatif (Creative Sprint) bertempat di
Ruang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, di
sini.
Hadir
selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah serta sijil
kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang
Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin
Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Acara
tersebut menyaksikan penyertaan lebih daripada 100 peserta kreatif dari
latar belakang Ekonomi Kreatif yang berbeza dari penyertaan 54 individu
menyertai sprint berkenaan yang dibahagikan kepada empat kategori
Sprint Kreatif iaitu Sprint Reka Bentuk Dalaman, Sprint Reka Bentuk
Grafik, Sprint CGI dan Sprint Pengantara Pengguna / Pengalaman Pengguna
(UI / UX - User Interface /User Experience (UI/UX) Sprint).
Antara
matlamat utama acara ini dianjurkan adalah bagi mengenal pasti dan
meletakkan nilai ke dalam kemahiran kreativiti dan kewujudannya dalam
industri luar seni.
Selain
itu, turut diadakan ialah siri bengkel berkongsi pengalaman serta
pertandingan dan forum untuk menggalakkan pembangunan industri kreatif
di Brunei di samping menyatukan seniman, usahawan dan profesional dari
pelbagai latar belakang untuk mempamerkan bagaimana kreativiti yang
boleh memainkan peranan aktif dalam pelbagai bidang kerja bagi seluruh
industri lain luar seni.
Minggu
Ekonomi Kreatif turut membawa bersama fasilitator tempatan dan serantau
termasuk fasilitator dari Republik Singapura dan Republik Indonesia.
Sumber : Pelita Brunei